Laman Utama     Pengenalan     Motivator    Program     Klien    Panel Consultant     Hubungi Kami    
   Testimonial Peserta
            
 
1.
Nama : Sharifah Nur Diyana Syed Abdul Rahim
Sekolah / Institusi : SMK Tun Telanai
 
 


Saya berasa amat gembira setelah mngikuti program ceramah ini dan berazam ingin merealisasikan impian dan harapan saya untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan PMR 2008 dan mendapat keberkatan daripada Allah. 8A1, yes! I can..

 
 
2.
Nama : Nur Amalina binti Zamri
Sekolah / Institusi : SMK Tun Telanai
 
 


Saya berazam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM. Saya jug akan berusaha untuk mencapai apa yang akan dihajati. Saya juga akan mengambil iktibar atas segala apa yang disampaikan oleh Abang Raja Shamri. Saya juga akan menjadikan Abang Raja sebagai contoh teladan untuk saya.

 
 
3.
Nama : Wan Nor Azlizana Mamat
Sekolah / Institusi : Medan - Indonesia
 
 


Assalamualaikum to all,especially to Abang Raja Shamri:) special thanks to my brother, Abang Raja Shamri for ur guide. minggu motivasi di kolej matrikulasi johor benar-benar mengubah saya. daripada pelajar yang kebetulan dapat masuk matriks, sekarang saya adalah pelajar perubatan tajaan MARA...adalah sesuatu yang saya tak sangka walaupun ada berangan-angan untuk menjadi doktor semasa kecil.SPM saya hanyalah 5A,physics 5c,bio3B,chemistry3B,pendek kata saya tak macam science stream student pun... dapat masuk matrix pun saya terkejut,nak belajar di matriks saya cuak dan rasa rendah sangat..SPM tercorot dalam practicum di matriks,tak lain tak bukan sayalah orangnya... saya tak malu ceritakan SPM saya yang sangat buruk tu kepada semua sebab sekarang saya dapat buktikan bahawa gagal sekali tidaklah gagal forever. tomorrow never die,world....hehe. di matriks saya mulakan segalanya sekali lagi,berbekal semangat abang Raja,dengan senaman tangan tu setiap hari,saya jadikan Abang Raja pembakar semangat saya dan alhamdulillah, sem1 di matriks saya 4.0 dan sem2 3.9. tu sebab maths dapat A-,tahun 2004..buat adik2matriks,dapatkan yang terbaik4.0 4 both sems ol,sebab kalau dah dapat A- macam saya,menangis air mata darah pun tak guna. kita bertanggungjawab atas setiap tindakan kita.berlaku kebanjiran yang nak medic pada tahun 2004,syukur pada Allah dapat juga saya medic setelah sebulan jadi dental student di ukm. jadi bagi yang berazam nak ambik medic, buat sehabis baik. saya ditawarkan buat twinning program medic indonesia-malaysia di bawah program Skim Pelajar Cemerlang MARA. abang Raja, terima kasih banyak... mungkin hari ini,saya berada di kilang2 kain atau jadi waiter kerana keluarga saya bukan dari orang senang tapi kerana matrix mengubah segalanya,hari ini saya berada di university,di fakulty perubatan tanpa perku memikirkan soal kewangan kerana ditanggung MARA. untuk adik2yang akan menghadapi peperiksaan,apa saja PMR,SPM,matrix,etc... kejayaan dihasiklan oleh INSAN BIASA yang BERUSAHA SECARA LUAR BIASA. selagi kita bergelar pelajar, teruskan belajar dan jangan hirau tantang hal lain.dan jangan lupa bersyukur pada Allah dan jangan sesekali lupa pada orang2 yang banyak berjasa pada kita. kalau Abang Raja boleh, kenapa kita adik2 abang Raja tak boleh. kepada Abang Raja,terima kasih banyak dan saya harapkan doa daripada Abang Raja. Abang Raja, terima kasih banyak2 dan tunjuk le saya teknik study lebih banyak lagi... harap satu hari saya dapat rawat Abang Raja,rawat demam pun takpe...hehe. chayok!!!!!!!!!!!! assalamualaikum. Udah deh...ketemu lain kali aja ya kalian semua... abang Raja,ma kasih....world...:)to all,doakan saya ya... ..

 
 
4.
Nama : Nur Idayu Mohd Emran
Sekolah / Institusi : MRSM Alor Gajah, Melaka
 
 


Sebelum ini saya belajar tidak serius. Hari ini saya mula sedar dan insaf. ingat matlamat sebenar saya datang ke sekolah. Saya memang rasa ape yang Abang Raja sampaikan semuanya benar. Saya berjanji akan belajar bersungguh dan berusaha secara maksimum utk berjaya. Terima kasih banyak-banyak Abang Raja. Doakan kejayaan saya dalam SPM 2008 & masa depan..

 
 
5.
Nama : Fara Aimira bt Mohamed
Sekolah / Institusi : MRSM Alor Gajah, Melaka
 
 


Alhamdulillah, after two days mengikuti program Abang Raja, I finally set up my mind not to be bothered by petty things macam lemah semangat or lazyness to stop me from getting 10 A1. Banyak camp and motivation program yang saya pergi tapi program Abang Raja beri kesan yang amat mendalam dalam diri saya. I also feel comfortable in this program and seeing you on the stage giving a brilliant and a very motivational speech. Fara nak minta abang doakan Fara berjaya InsyaALLAH di dunia dan akhirat. I would like to say GOOD JOB to you and best wishes to you. Hope to be like you one day... THANK YOU ABANG RAJA!!!

 
 
6.
Nama : Nurul Nabila Humaira bt. Kamaruzaman
Sekolah / Institusi : SM Sains Pasir Puteh
 
 


Terima kasih Abang Raja..memang sekarang sy mempunyai lebih keyakinan dan berfikiran lbh positif mengenai kehidupan dan dugaan yg sy lalui mengenai kedua ibu bapa saya. Saya tahu mungkin ada hikmah spt yg abang Raja katakan. Sy memang nk dpt 10 A1 dlm SPM. Harap abang Raja tk lupakan saya dan kawan-kawan. Memang pengalaman abg Raja ceritakan memberi perangsang kepada saya. Thanks so much. Doakan kejayaan SPM saya, 10 A1! Doakan sy jd hamba, anak yg baik..

 
 
7.
Nama : Nazmi Farid bin Zainoodin
Sekolah / Institusi : MRSM Kuala Lipis
 
 


Saya berasa terharu dan bersemangat setelah mengikuti program 'Abg Raja'. Azam saya ialah untuk mencapai 9 A1 dalam Spm 2007!! InsyaALLAH dengan izin Tuhan. Saya rasa abang seorang motivator yang hebat! Berbanding dengan program motivasi oleh pakar motivasi yang lain , Abang lebih memberikan semangat dan keinsafan untuk saya terus belajar.. Terima kasih Abang!!

 
 
8.
Nama : Hanis Adreena bt mohd Razali
Sekolah / Institusi : SM Sains Pasir Puteh
 
 


Rasa happy sangat. It is so good dapat mengikuti program ni. Kalau program motivasi before ni saya always sleep because boring sangat. But when I follow this program I didn't even sleep eventhough I had stayed up at night till 3 am. Thank you very much Abang Raja.. You are the BEST..

 
 
9.
Nama : Nurul Syamimi bt. Mhd Yusoff@Zawawi
Sekolah / Institusi : SM Sains Pasir Puteh
 
 


Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi kesempatan oleh ALLAH untuk mengenali Abg Raja, seorang insan biasa, orang kampung seperti saya yang boleh berjaya dengan cemerlang. Insay-ALLAH, saya Nurul Syamimi bt Mhd Yusoff@Zawawi dari Kampung Ayer Lanas akan berjaya dengan cemerlang, gemilang dan menjadi seorang yang terbilang. Saya akan sambung warisan yg Abg Raja tinggalkan...Saya akan pergi United Kingdom and become a lecturer in mechanical engineering. Jumpa saya di ceramah saya sendiri nanti. Saya akan ceritakan mengenai kehidupan saya kpd anak2 didik saya..Insya-ALLAH...Amin

 
 
10.
Nama : Laili bt Yahaya
Sekolah / Institusi : SMK Iskandar Shah, Parit Perak
 
 


Setelah mengikuti program ini, saya berasa sungguh bertuah krn terpilih utk menyertai program ini. Program ini lebih berkesan berbanding dgn program2 yg pernah saya sertai sebelum ini, contohnya Motivasi Alihan Pelajar(MAP). Kini saya sedar kemiskinan & rupa diri bukanlah penghalang utk mencipta sebuah kejayaan. Jika abg Raja dtg dari sebuah keluarga yg miskin & mengalami kecatatan, apatah lagi saya yg sempurna ini. Oleh itu, saya berjanji akan berusaha bersungguh utk mencipta sebuah kejayaan seperti mana yg dicipta oleh abg Raja..Terima kasih...

 
 
Testimonial 1 hingga 10 daripada 41
 
" Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa " Raja Shamri
Laman Utama   |   Pengenalan   |   Motivator   |   Program   |   Klien   |   Panel Consultant   |   Hubungi Kami
©2007-2008 GoldenMinds Consultant. ® All Rights Reserved